suka pakai baju ketat
suka pulak menunjukkan pusat
hingga tidak pedulikan batasan aurat
pakai pulak yang sendat-sendat
kadang-kadang sampai nampak yang tersirat
tidak kira bujur, tidak kira bulat
bila sudah macam gitu, sesaipa lihat pasti tercegat
bila sudah tercegat, silap gaya jadi gawat
bila sudah jadi gawat, bohsia bohjan lagi dasyat
duduk jauh berkirim surat
bila berjumpe tangan berjabat
kemudian, pakat lawan peluk erat-erat
masa itu, nafas naik tersekat-sekat
usah dipedulilah agama dan adat
usah ditakuti ALLAH dan malaikat
yang penting, apa kita hendak buat, kita buat
akhirnya, bila dah buat, perut kempis jadi bulat
bila perut kempis jadi bulat, maka, tunggulah lahirnya anak-anak yang tidak cukup sifat
maka, jam itulah kita tengok bayi dibuang merata tempat
maknanya ketika itu, iblis mula melompat
bila iblis sudah melompat, dia kata apa?? "habis.. manusia sudah masuk jerat."
"habis.. manusia telah tersesat."
inilah dia fenomena masyarakat
oleh itu wahai saudara saudari dan para sahabat
marilah kita pakat mengingat
bahawa dunia hari ini makin singkat
esok atau lusa, kita mungkin akan menghadapi HARI KIAMAT
sampailah masa kita semua akan berangkat
berangkat menuju ke negara AKHIRAT
di sana kita akan ditanya apa yang kita buat
masa itu, sendiri mahu ingat
umurmu banyak mana kamu buat ibadat?
zaman muda kamu apa telah kamu buat?
harta benda anta, darimana anta dapat?
ilmu anda, adakah anda manfaat?
semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya meninggalkan maksiat
dan memperbanyakkan ibadat
.............
Ustaz Akhil Hayy
Labels: when will my time come??